
Di antara yg menarik lagi ialah ziarah ke perhat pasa, lawatan ke madrasah tempat putera sulungku mengaji,mengaji ni istilah pelajar-pelajar yg menadah kitab dengan tok guru..iaitu ustaz yg mengajar...di sana ada sepuluh orang pelajar Malaysia yg menuntut disana....pastinya kedatangan kami dialu-alukan kerana kami bawa berbagai-bagai jenis lauk -pauk yg aku masak di Umraniye iatu tempat kami menginap,rumah tetamu yg dikhaskan untuk kami.Umraniye pula adalah headquaters bagi madrasah yang ditubuhkan hampir diseluruh dunia yg berpusat di Umraniye Istanbul. Berpeluh -peluh jugalah nk masak untuk anak-anak yang dah lama tak menjamah makanan pedas ala kampung....tak sabar jg nak menyaksikan mereka makan...entah apalah rasanya..sebab masak serentak sebanyak tujuh jenis antaranya...daging salai masak cili api,ikan keli masak asam pedas,ayam masak tomato,daging salai masak kari +kentang ,sambal ikan bilis hijau,daging masak rendang,serunding dan sambal ikan bilis yang dimasak di malaysia,daging pula dah siap disalai dari kg...hai punya excited lah nak beri seorang anak yang di rindu selama ni makan dari air tangan ummu yg mudah2han berkat...tak lupa juga buat anak diperhat fasa dan ada tujuh lagi pelajar malaysia di Huday,Uskudar,sempat jg makan lauk daging dan kuih muih yang kami bawa,insyaallah ikhlas memasak sebab mereka juga dah macam anak sendiri, kami juga wakil pada ibu ayah yang mereka rindu...titipan salam penuh rindu dari family mereka juga kiriman barang laptop, handphone, duit, 2 kotak makanan sahaja, kasut irfan jg. terkilan tak dapat menjamu irfan (pelajar msia) dari Tomei Universiti walaupun bukan bawa ikan patin masak tempoyak favorite org pahang.....bagai nak senget sebelah bahu kami memikulnya barang2 tersebut....tapi insyaallah kami ikhlas....pertemuan dengan mereka tetap terangkai dalam banyak catatan manis kembara kami ke istanbul....


Semoga mereka akan jadi mujahid yang menyampaikan ilmu dengan ikhlas demi untuk menyebarkan islam di tanah air tercinta, amar maaruf nahi mungkar bukan pengecut untuk nahi mungkar di hadapan pemimpin yang zalim,atau sekadar menjaga periuk nasi sendiri....kalau begitu rugilah kamu merantau jauh,melupai rindu yg mengamit2 pada ayah bonda dikg halaman...dibumi bertuah bumi khalifah yg bersemadi jasad2 agung yang perjuangkan islam dengan darah dan airmata. Semangat mereka itulah yang perlu diidolakan... Allahu Akbar!!!