Kembara seterusnya naik feri pergi jalan-jalan dari umraniye asia ke bahagian eropah menyeberangi selat bhosforus seterusnya singgah dikardikoy....stesen feri karakoy...sedang kami jalan2 tiba-tiba dengar suara memanggil sambil melambai2 kearah kami....[macam cerita dalam novel rona bhosforus je....baris-baris ayat dlm novel yang aku suka....begitulah suka duka rona rencam bhosphorus.....menceritakan tentang konflik yg berlaku pada Amal hayati dan rakan2nya yg belajar dan mengajar disebuah madrasah di Istanbul...} 


Pagi yang sungguh cerah ni..kami ditemukan dengan sahabat2 dari Malaysia juga mengembara naik bas dari jordan ke Turki...sepasang suami isteri dan seorang pelajar lelaki daari universiti Muktah Jordan...encik Kamaruzaman dan isterinya dah lupa pulak nama isterinya dan pelajar lelaki tersebut merupakan kawan kepada anak mereka yang belajar diuniversiti yang sama.....seronoknya dapat jumpa mereka...mereka orang muar kami orang melaka tapi kami dipertemukan dikardikoy istanbul....mereka sedang menikmati kebab atau syuarma ikan,tepi selat bhosphorus berhadapaman dengan masjid Sulaimaniye dan sebelahnya masjid yeni...anehnya Turki ni digelar negara sekular oleh org malaysia masjid mereka sebelah menyebelah besar-besar pulak tu.....kami diajak makan sama kebab ikan tu...eeemmm..aku dah rasa kebab tu semalam sebelum bertemu dengan Irfan pelajar universiti tomey istanbul mlm tadi dikardikoy...
tidak menepati citerasa aku nampaknya....sedikit hanyir rasa ikan tu....bersembang macam2 topik...akhirnya encik kamaruzaman tu belanja kami cay...oklah kenangan minum cay di depan selat bhosphorus berhadapan pula dengan yeni cami' dan sulaymaniye cami' indah juga lah kembara kami pada pagitu....honeymoon bertiga bersama putera tersayang...semuga berpanjangan ukhwah atas rezki pertemuan yang tidak disangka2 dengan rakan senegara di istanbul....













