"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang berserakkan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan di bongkar. Maka setiap jiwa akan mengetahui setiap kerja yang ia lakukan dan yang dilalaikannya. Wahai menusia apakah yang melalaikanmu, berbuat derhaka terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan susunan tubuhmu seimbang...." [surah Al-Infitar:1-7]


Jumaat, 29 April 2011

catatan kembara 5





Kembara seterusnya naik feri pergi jalan-jalan dari umraniye asia ke bahagian eropah menyeberangi selat bhosforus seterusnya singgah dikardikoy....stesen feri karakoy...sedang kami jalan2 tiba-tiba dengar suara memanggil sambil melambai2 kearah kami....[macam cerita dalam novel rona bhosforus je....baris-baris ayat dlm novel yang aku suka....begitulah suka duka rona rencam bhosphorus.....menceritakan tentang konflik yg berlaku pada Amal hayati dan rakan2nya yg belajar  dan mengajar disebuah madrasah di Istanbul...} 






Pagi yang sungguh cerah  ni..kami ditemukan dengan sahabat2 dari Malaysia juga mengembara naik bas dari jordan ke Turki...sepasang suami isteri dan seorang pelajar lelaki daari universiti Muktah Jordan...encik Kamaruzaman dan isterinya dah lupa pulak nama isterinya dan pelajar lelaki tersebut merupakan kawan kepada anak mereka yang belajar diuniversiti yang sama.....seronoknya dapat jumpa mereka...mereka orang muar kami orang melaka tapi kami dipertemukan dikardikoy istanbul....mereka sedang menikmati kebab atau syuarma ikan,tepi selat bhosphorus berhadapaman dengan masjid Sulaimaniye dan sebelahnya masjid yeni...anehnya Turki ni digelar negara sekular oleh org malaysia masjid mereka sebelah menyebelah besar-besar pulak tu.....kami diajak makan sama kebab ikan tu...eeemmm..aku dah rasa kebab tu semalam sebelum bertemu dengan Irfan pelajar universiti tomey istanbul mlm tadi dikardikoy...

tidak menepati citerasa aku nampaknya....sedikit hanyir rasa ikan tu....bersembang macam2 topik...akhirnya encik kamaruzaman tu belanja kami cay...oklah kenangan minum cay di depan selat bhosphorus  berhadapan pula dengan yeni cami' dan sulaymaniye cami' indah juga lah kembara kami pada pagitu....honeymoon bertiga bersama putera tersayang...semuga berpanjangan ukhwah atas rezki pertemuan yang tidak disangka2 dengan rakan senegara di istanbul....







seterusnya kembara kami ketempat wajib pergi apabila datang ke  Istanbul iatu masjid sultan Ahmet,istana topkapi dan aya sopia.....indah nya sultan ahmet....berbaur perasaan silih berganti apabila menjejakkan kaki keistana top kapi....bagai digamit memori silam zaman khalifah othmaniyah...dan sayu hati menatap barang2 tinggalan Rasul saw...baju pedang periuk bekas minum...surat2 tulisan tangan baginda saw..mushaf alquran surat perjanjian janggut nabi saw dan barang tinggalan nabi ibrahim as dan musa as....semua tu terakam dalam memori manis kami....walaupun penat berjalan dan kedinginan yang mengigit musim sejuk di istanbul tetap wangi dan indah dlm lipatan memori kami....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan