"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang berserakkan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan di bongkar. Maka setiap jiwa akan mengetahui setiap kerja yang ia lakukan dan yang dilalaikannya. Wahai menusia apakah yang melalaikanmu, berbuat derhaka terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan susunan tubuhmu seimbang...." [surah Al-Infitar:1-7]


Khamis, 28 April 2011

catatan kembara 4...

alhamdulillah...tempat menarik lagi istimewa yang kami lawati ini ialah masjid asyakirin ..terletak dikawasan karaca ahmet tak jauh dari istanbul ...sebelah masjid asyakirin terdapat tanah perkuburan awam..disana bersemadinya seorang ulama besar yang berjuang dalam bidang pendidikan...



Sulaiman hilmi tunahan ialah seorang ulama besar dari keturunan idris bey yg nassabnya dari keturunan rasullullah saw...dan juga merupakan cicit pada sultan ahmet Fatih yg membuka konstaninople.Semasa dalam kandungan ibunya ayahnya iatu osman, bey telah bermimpi sebahgian anggata tubuhnya terkeluar dan terangkat kelangit lalu mengeluarkan cahya,mimpi tersebut ditafsirkan bahwa akan lahir seorang anak yang soleh yg akn menyebarkan islam diserata alam..Sulaiman dibesar dengan pendidikan islam dan tahfiz alquran,beliau berjuang dalam pendidikan islam dengan cabaran yg sangat hebat disaat negara Turki dlm keadaan kacau bilau dgn pemerintahan yg diambil alih oleh regim attarturk,sulaiman telah mengajar secara rahsia kerana merasakan diri mereka berdosa jika tidak berjihad dlm bidang pendidikan dan beliau tidak rela rakyat islam diturki buta alquran dan ilmu islam.Kata-kata ulama agung sulaiman hilmi "sesungguhnya kamu adalah jaminan keselamatan agama dibumi ini dgn jumlah yg melebihi 500 .seandainya seorang dari kamu mengajar 3 org dirumah masing2 kita boleh melahirkn 1500 org yg memperolehi tarbiyah islam,dgn jumlah itu akan memanjangkan umur islam sekurang2nya 50 tahun akn datang dan ia adalah usaha untuk satu atau dua generasi...begitu hebat nafas jihad yg ditiupkan oleh seorang murabbi....yg akhirnya dgn jerih payah berjihad hingga uzur...beliau pergi tidak meninggalkan harta benda tetapi pergi meninggal nama yg harum mewangi keserata dunia dengan usaha jihad yg berpanjangan diteruskan oleh ank didik beliau yg membuka sek berasrama diserata dunia yang kebanyakannya beroperasi dinegara miskin spt afrika india indonesia secara percuma...bertuahnya aku sbg ummu kpd ank lelaki yg dpt belajar disekolah seorang ulama besar ini berketurunan rasulullah saw.Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika merah margrib melabuh tirai pada 16 september 1959,sepatutnya dikuburkan dimasjid sultan ahmet bersebelahan kubur moyangnya sultan ahmet fatih ,oleh kerana pengikut beliau terlalu ramai berkumpul disana ,rejim attartuk takut dan tentera sendiri telah menggali kubur beliau dikeraca ahmet.,sesuai dgn kata2 beliau "mereka akn takut kematian kita sama seperti mereka takutkan kehidupan kita.....begitulah kembara kami dikeraca ahmet sangat bertuah dpt berziarah kesitu kerana terharu setiaphari kuburnya tidak pernah lekang dgnkunjungan manusia2 yg terpilih spt kami dgn bacaan alfatiha doa yg tak kunjung padam dari orang yg berziarah bertuah jasad yg mulia bersemadi dengan penuh ketenangan setelah berhempas pulas berjihad dgn nyawa jiwa dan harta......ayuh semua baca tulisanku ini  mari berjihad dan melakukan kebaikkan sementara hidup didunia ini...semiga aku juga trgolong dari org yg mndapat percikan cahya atas cahya ini....jihad penulisan.....seronoknya tulis kisah ni!...semuga kembara kami dpt keberkatan.....semuga dpt sampai lagi dikota konstaninople ni...selat bhosphorus indahnya....wangi nya memori ini..tetap kejap tersimpan dihati ini sewangi semangat jihad yang ditiupkan...alhamdulillah subhanallah wallahuakbar.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan