alhamdulillah.....pada cuti yg lepas dapat aku merealisasikannya kembara di bumi khalifah...Istanbul Turki..negara dua benua antara Asia dan Eropah...dibuminya tersimpan sejarah dan nama-nama hebat yg tak mungkin dapat di padam dalam lipatan sirah..roh para-para pejuang islam tetap abadi kepada yg cintakan Islam...kerana kalau tidak ada mereka takkan ada generasi yang memperjuangkan islam hingga hari kiamat....
Antara yang menarik dan yang menjadi antara catatan manis di dalam kehidupanku .....
Ziarah makam para sahabat yg syahid kerana ingin menakluk dan membuka kota konstantinople yg paling ku ingat ziarah makam Asyahid Ayub Al-Ansari R.A sahabat nabi SAW..yg hebat dan popular ketika hijrahnya nabi ke Madinah..yg pernah tinggal sebumbung dengan jasad yg mulia muhammad saw....makam nya wangi harum semerbak tak kurang pewangi yg direnjiskan di situ....begitulah mulianya para pejuang islam diabadikan menjadi mujahid yang cintakan syahid....wangi dlm lipatan sirah....wangi dihatiku hingga ke saat ini.....mujahid terbilang....yg bkn setakat menghafaz hadis nabi saw...akan tetapi merealisasikannya.....sabda Rasullullah saw ketika sedang menggali parit khandaq "konstanninople akan jatuh ke tangan tentera Islam, rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.Walaupun tidak berjaya menakluk konstantinople tetapi tetap syahid dan menjadi mujahid terbilang yg telah membeli syurga dgn kesusahan di dunia..Ayub Al-Ansari r.a telah berwasiat supaya jasad beliau dimakamkan di dinding kubu perang ketika penaklukan itu kerana ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yg disabdakan nabi saw..iatu sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera,begitulah hebatnya sahabat yg agung....


Tiada ulasan:
Catat Ulasan