"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang berserakkan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan di bongkar. Maka setiap jiwa akan mengetahui setiap kerja yang ia lakukan dan yang dilalaikannya. Wahai menusia apakah yang melalaikanmu, berbuat derhaka terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan susunan tubuhmu seimbang...." [surah Al-Infitar:1-7]


Ahad, 13 Mac 2011

catatan kembara 2..

Di antara yg menarik lagi ialah ziarah ke perhat pasa, lawatan ke madrasah tempat putera sulungku mengaji,mengaji ni istilah pelajar-pelajar yg menadah kitab dengan tok guru..iaitu ustaz yg mengajar...di sana ada sepuluh orang pelajar Malaysia yg menuntut disana....pastinya kedatangan kami dialu-alukan kerana kami bawa berbagai-bagai jenis lauk -pauk yg aku masak di Umraniye iatu tempat kami menginap,rumah tetamu yg dikhaskan untuk kami.Umraniye pula adalah headquaters bagi madrasah yang ditubuhkan hampir diseluruh dunia yg berpusat di Umraniye Istanbul. Berpeluh -peluh jugalah nk masak untuk anak-anak yang dah lama tak menjamah makanan pedas ala kampung....tak sabar jg nak menyaksikan mereka makan...entah apalah rasanya..sebab masak serentak sebanyak tujuh jenis antaranya...daging salai masak cili api,ikan keli masak asam pedas,ayam masak tomato,daging salai masak kari +kentang ,sambal ikan bilis hijau,daging masak rendang,serunding dan sambal ikan bilis yang dimasak di malaysia,daging pula dah siap disalai dari kg...hai punya excited lah nak beri seorang anak yang di rindu selama ni makan dari air tangan ummu yg mudah2han berkat...tak lupa juga buat anak diperhat fasa dan ada tujuh lagi pelajar malaysia di Huday,Uskudar,sempat jg makan lauk daging dan kuih muih yang kami bawa,insyaallah ikhlas memasak sebab mereka juga dah macam anak sendiri, kami juga wakil pada ibu ayah yang mereka rindu...titipan salam penuh rindu dari family mereka juga kiriman barang laptop, handphone, duit, 2 kotak makanan sahaja, kasut irfan jg. terkilan tak dapat menjamu irfan (pelajar msia) dari Tomei Universiti walaupun bukan bawa ikan patin masak tempoyak favorite org pahang.....bagai nak senget sebelah bahu kami memikulnya barang2 tersebut....tapi insyaallah kami ikhlas....pertemuan dengan mereka tetap terangkai dalam banyak catatan manis kembara kami ke istanbul....
Semoga mereka akan jadi mujahid yang menyampaikan ilmu dengan ikhlas demi untuk menyebarkan islam di tanah air tercinta, amar maaruf nahi mungkar bukan pengecut untuk nahi mungkar di hadapan pemimpin yang zalim,atau sekadar menjaga periuk nasi sendiri....kalau begitu rugilah kamu merantau jauh,melupai rindu yg mengamit2 pada ayah bonda dikg halaman...dibumi bertuah bumi khalifah yg bersemadi jasad2 agung yang perjuangkan islam dengan darah dan airmata. Semangat mereka itulah yang perlu diidolakan... Allahu Akbar!!!

catatan kembara...

Berjalanlah bermusafirlah melihat keagungan Allah......begitulah antara senikata nasyid yg masih diingati...musafir ya seorang musafir itu diberi oleh Allah beberapa kelebihan...kerana itu kita digalak mengembara...kalau fulusnya mulus..bolehlah kita merealisasikan hasrat suci tu kan......
alhamdulillah.....pada cuti yg lepas dapat aku merealisasikannya kembara di bumi khalifah...Istanbul Turki..negara dua benua antara Asia dan Eropah...dibuminya tersimpan sejarah dan nama-nama hebat yg tak mungkin dapat di padam dalam lipatan sirah..roh para-para pejuang islam tetap abadi kepada yg cintakan Islam...kerana kalau tidak ada mereka takkan ada generasi yang memperjuangkan islam hingga hari kiamat....
Antara yang menarik dan yang menjadi antara catatan manis di dalam kehidupanku .....
Ziarah makam  para sahabat yg syahid kerana ingin menakluk dan membuka kota konstantinople yg paling ku ingat ziarah makam Asyahid Ayub Al-Ansari R.A sahabat nabi SAW..yg hebat dan popular ketika hijrahnya nabi ke Madinah..yg pernah tinggal sebumbung dengan jasad yg mulia muhammad saw....makam nya wangi harum semerbak tak kurang pewangi yg direnjiskan di situ....begitulah mulianya para pejuang islam diabadikan menjadi mujahid yang cintakan syahid....wangi dlm lipatan sirah....wangi dihatiku hingga ke saat ini.....
mujahid terbilang....yg bkn setakat menghafaz hadis nabi saw...akan tetapi merealisasikannya.....sabda Rasullullah saw ketika sedang menggali parit khandaq "konstanninople akan jatuh ke tangan tentera Islam, rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.Walaupun tidak berjaya menakluk konstantinople tetapi tetap syahid dan menjadi mujahid terbilang yg telah membeli syurga dgn kesusahan di dunia..Ayub Al-Ansari r.a telah berwasiat supaya jasad beliau dimakamkan di dinding kubu perang ketika penaklukan itu kerana ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yg disabdakan nabi saw..iatu sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera,begitulah hebatnya sahabat yg agung....

Berdoalah..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa. Apabila mereka memohon kepada Ku. Maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah-Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku. Agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
[2:186]

Aku Seorang Hamba

Hamba Allah miskin hina di sisi-Nya,
Miskin kerana kurang,
Kurang sebab tiada,
Tiada amal yang ku persembahkan kepada penciptaku,
Tatkala ingin bertemu,
Pada yang dirindu,

Wahai hamba yang hina,
Kerinduan adakalanya bertamu,
Namun...
Kelalaian bermaharajalela,
Cintakan dunia...

Wahai Hamba...
Cepat, cepat, cepat,
Agar masa cepat berlalu,
Wahai Tuhan,
Agar aku dapat bertemu dengan-Mu,
Pengabdian bermula pada saat ini,
Yang kurang dipenuhi,
Agar pintu taubat masih lagi terbuka,
Hanya kerana aku seorang hamba,
Hina nya aku disisi-Mu.

Assalammualaikum...

Salam Ukhuwah...
ahlan wa sahlan wa marhaban bikum....alhamdulillah diberi Allah sebaik-baik kesihatan sbg nikmat dari-Nya buat diri yg sering lupa.....fenomena yg berlaku sejak akhir-akhir ini cukup membuat kita sedar bahwa peringatan demi peringatan yg di berikan oleh Allah swt bukan benda boleh kita ringan-ringankan untuk dijadikan ikhtibar...rusuhan terhadap pimpinan yg zalim dimulai disekitar bumi anbiya...fenomena bencana alam di sana sini..kiamat kecil yg meragut ribuan nyawa......cukup utk kita bertanya terhadap diri sendiri apakah kesan terhadap diri kita? adakah telah cukup persediaan untuk kita pulang ?? kerana hidup ibarat sebuah kembara.....akan tiba ke destinasi abadi......wahai diri...akukah itu musafirah dalam perjalanan ke negeri abadi....wahai hati...bahagiakah kau dlm perjalanan ini....bahagia derita bukan milik kita...milik mutlak Dia....bahagia bukan berada dihujung perjalanan,kerana bahagia ada di sepanjang perjalanan....kutiplah kebahgiaan itu dgn rasa syukur...basahkan lidah dgn takbir dan tahmid...kerana keberadaan kita disini atas nikmat cinta dari-NYA dan kita akan kembali bertemu cinta abadi....begitulah takbir takdir cinta ...hidup dan matilah atas cahya cinta dari-Nya....marghfirah dan mardiyah...cahya atas cahya...dari yg Pengasih Penyayang....

Sabtu, 5 Mac 2011

Kesayanganku



Mujahid harapan islam..mujahid dihatiku...... 



kakak.......jadilah Qudwah Hasanah



Huda.......rindulah raudhatul jannah



Umair Al-Wafi yang sering membuatkan kami tersenyum....oh alangkah berserinya hidup kami....