Hamba Allah miskin hina di sisi-Nya,
Miskin kerana kurang,
Kurang sebab tiada,
Tiada amal yang ku persembahkan kepada penciptaku,
Tatkala ingin bertemu,
Pada yang dirindu,
Wahai hamba yang hina,
Kerinduan adakalanya bertamu,
Namun...
Kelalaian bermaharajalela,
Cintakan dunia...
Wahai Hamba...
Cepat, cepat, cepat,
Agar masa cepat berlalu,
Wahai Tuhan,
Agar aku dapat bertemu dengan-Mu,
Pengabdian bermula pada saat ini,
Yang kurang dipenuhi,
Agar pintu taubat masih lagi terbuka,
Hanya kerana aku seorang hamba,
Hina nya aku disisi-Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan